Google Friend Connect




Making Money Online

Making Money Online
Making Money Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 March 2007

Blog Taman Wangi

Blog Taman Wangi

http://tamanwangi.blogspot.com/

Blog Taman Wangi adalah usaha untuk mengumpulkan ilmu seks daripada pelbagai budaya dan bangsa. Pelbagai pendapat tentang seks sama ada daripada ilmu lama atau moden, daripada tradisi lama ke sains perubatan. Semuanya dikumpulkan dalam Blog Taman Wangi. Terjemahan turut dibuat dalam bahasa melayu dan diolah agar ia menjadi satu panduan berguna dan sihat kepada suami isteri dalam membaiki hubungan seks masing-masing.

Ini bukan blog cerita seks melayu. Blog Taman Wangi cuba bercerita tentang seks dalam bahasa yang boleh diterima pakai secara umum. Bagi yang mencari cerita seks melayu, adalah baik meneruskan pembacaan di Blog Taman Wangi bagi menambah ilmu seks melayu.

Seks bukanlah penentu kebahagiaan rumah tangga. Akan tetapi ia merupakan satu keperluan dalam mewujudkan kebahagiaan itu. Ilmu seks bukan datang dengan sendirinya, ia perlu dipelajari dan difahami. Ilmu seks tidak boleh dipandang daripada sudut nafsu semata-mata. Memang benar tanpa nafsu seks, ia tidak akan menjadi. Namun ilmu seks perlu dipandang daripada sudut jiwa dan kebaikan dan falsafah. Yang paling utama seks adalah satu tanggung jawab.

Blog Taman Wangi mahu pembacanya memahami matlamat blog supaya pembacanya bertanggung jawab dalam seks.

Seks adalah tanggung jawab. Tanggung jawab untuk menghormati keperluan seks pasangan seks masing-masing. Tanggung jawab untuk memastikan seks yang dilakukan adalah atas kehendak rela dan masing-masing mahukannya. Bukan hanya lelaki, tanggung jawab itu diletakkan juga kepada wanita. Tanggung jawab bahawa seks yang dilakukan adalah diatas batas yang telah ditetapkan oleh ajaran agama dan budaya.

Seks tidak kotor. Prilaku melampaui batas itu yang telah mengotorkannya. Blog Taman Wangi mahu pembacanya memahami, seks tidak kotor, jadi jangan kotorkannya.

Seks suami isteri memerlukan pasangan saling menghormati antara satu sama lain. Nikmat seks yang sebenar apabila pasangan suami isteri mempunyai komunikasi yang baik antara satu sama lain, sebelum seks, semasa melakukan hubungan seks dan selepas seks.

Apabila suami isteri berkomunikasi dengan baik, berkongsi rasa antara satu sama lain, hubungan seks yang dilakukan akan lebih bermakna. Hubungan seks adalah antara aku dan dia. Berkongsi mana yang suka mana yang tidak. Mana yang lebih nikmat dan mana yang sedap. Semua memerlukan nilai komunikasi yang baik antara satu sama lain.

Jika hubungan seks hanya diam. Masuk dan keluar, puas dan tidur terus. Itu bukan hubungan seks yang sebenar. Itu hanya mahu memuaskan nafsu.

Sepatutnya, hubungan seks akan merapatkan lagi hubungan suami isteri. Lagi mesrakan hubungan itu. Lagi rapatkan pasangan. Hubungan seks satu-satunya aktiviti suami isteri yang memerlukan kerja sama, perbincangan dan kehendak yang sama dalam mencapai matlamat. Jika tiada ciri-ciri ini, ia bukan lagi satu hubungan seks yang sepatutnya.

Komunikasi yang baik antara satu sama lain, suami isteri akan membantu dalam mengatasi masalah hubungan seks. Mati pucuk, cepat pancut, lambat klimak dan pelbagai masalah, hanya boleh diatasi apabila
pasangan suami isteri mahu berkomunikasi secara baik dan terbuka.

Tiada masalah hubungan seks yang tidak boleh diatasi. Mungkin akan pulih atau dengan cara pilihan lain. Yang penting kerja sama dan komunikasi yang baik antara pasangan dapat membantu hadapi masalah
yang dihadapi.

Wujudnya Taman Wangi ini adalah untuk menjadi panduan awal dan rujukan awal kepada pasangan suami isteri yang mencari ilmu dan penyelesaian kepada masalah hubungan seks masing-masing. Blog Taman Wangi tidak boleh menggantikan doktor pakar atau penasihat seks yang diiktirafkan.


Blog Taman Wangi hanya sebagai bacaan awal.

Dapatkan nasihat daripada doktor bagi sebarang masalah seks. Dapatkan nasihat LPPKIM untuk masalah seks anda.

Moga Blog Taman Wangi ini dapat membantu anda dalam meningkatkan hubungan antara suami isteri.

Artikel-artikel sebelum ini

Ransangan Luar Faraj Dengan Lidah (cunnilingus)
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/03/ransangan-luar-faraj-dengan-lidah.html

Kenapa Perlu Makan Coklat Sebelum Berasmara
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/kenapa-anda-perlukan-coklat.html

Perkara-perkara Yang Wanita Perlu Tahu Tentang Seks

http://tamanwangi.blogspot.com/2007/02/perkara-perkara-wanita-perlu-tahu.html

Kepuasan (Orgasm) Seorang Wanita

http://tamanwangi.blogspot.com/2006/06/kepuasan-seorang-wanita-orgasm.html


Pengendali BelajarSeks dan Blog Taman Wangi

Versi 1 10 Mar 2007

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Jika anda berminat untuk menyebarkan, atau meletakkan dalam laman web anda, mana-mana artikel BelajarSeks, Anda dizinkan dengan syarat meletakkan sumbernya iaitu

Kitab Tajul Muluk Moden dan Taman Wangi di

http://tamanwangi.blogspot.com/
http://groups.yahoo.com/group/belajar_seks
http://groups.google.com/group/belajarseks

Adalah sukar dan mengambil masa menulis artikel sebegini. Hargainya.

Untuk tidak ketinggalan sebarang Email daripada Blog Taman Wangi atau Kitab Tajul Muluk Moden ini sila sertai kumpulan Email terhad melalui sambungan dibawah

http://groups.google.com/group/belajarseks

Atau hantarkan email kosong kepada

belajarseks-subscribe@googlegroups.com

Senarai Artikel-artikel BelajarSeks Dan Taman Wangi 2006

http://tamanwangi.blogspot.com/2007/02/artikel-belajar-seks-2006.html

Laman sampingan dan salinan TamanWangi Kamasutra dan Tajul Muluk Moden
http://kamasutra.wanita.us/

No comments:

Post a Comment